Biodata


Nama diberi Nurhidayah bt Jaafar. Lahir di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 8 November 1983. Berumur 26 tahun dan sudah berkahwin dengan insan pilihan dihati, Abdul Rashid bin Abdullah. Kini, menetap di Gombak, Selangor dan bekerja di Kuala Lumpur.


Merupakan bekas graduan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Berkelulusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam (Lukisan Kejuruteraan & AutoCad) tahun 2001-2003. Kemudian menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Bangunan) pada tahun 2005-2008 di universiti yang sama.


Mempunyai pengalaman kerjaya dalam beberapa bidang. Pernah menjadi guru sekolah selama setahun sebelum menyambung pengajian ijazah. Setelah tamat pengajian 6 tahun di UTHM, mengikuti training di Atlas Engineering Consultant di Gombak, Selangor iaitu sebuah firma konsultan kejuruteraan awam. Kemudian, bekerja selama 3 bulan di sebuah syarikat kontraktor awam dan konsultan motivasi. Kini beralih ke suatu bidang dan kerjaya yang mencabar emosi dan wibawa iaitu sebagai wartawan sepenuh masa Majalah Muslimah.

Majalah Muslimah keluaran Julai '09

Majalah Muslimah keluaran Julai '09


Sangat sukakan aktiviti berorganisasi terutama dalam gerak kerja yang berkaitan dengan mengurus, merancang dan memimpin program. Bergerak aktif dalam sebuah badan dakwah beliawanis iaitu Nisa’ Gombak yang melaksanakan program-program beliawanis di Gombak khususnya dan Malaysia amnya.

Nisa' Gombak

Nisa' Gombak


Seorang yang sukakan perubahan, kelainan dan bersifat membangun. Kerana itu, nama pena ustazah-engineer dipilih walaupun saya bukan seorang ustazah dan bukan juga seorang engineer. ‘ustazah-engineer’ merupakan kombinasi istilah yang menterjemahkan fungsi dan peranan sebagai seorang jurutera manusia – membangunkan insan, agama, negara dan ummah.


Salam perkenalan dengan penuh keramahan dan kemesraan. Walau tidak bersua muka dan bertutur kata, kita tetap bersaudara.

ustazah-engineer
nurirsyad09@gmail.com
(last updated: 13 Julai 2009)

One response so far




One Response to “Biodata”

  1.   ustazah-engineeron 15 Jul 2009 at 20:15 1

    Selamat berkomentar

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Powered by WP Hashcash